BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 1, 2010

Permata Hati kamii...

Kali ni aku nak cite pasal... Mohd Adib Farhan.. (2 tahun 4 bulan )Permata Hati kami berdua..Rasa2 nya bnyk ikut muka sape yer..Ramai yang kata ikut muka encik pian..tapi aku kata ikut muka aku ler...penat woo ngandung 9 bulan aleh2 org kata mak die tumpangkan aje..sbb muka x de lgsg mak die..haaiih!!



Semenjak aku berhenti keje (kira2 sebulan lebih dah aku menggoyang kaki)ni la aktiviti farhan..main beskal,lego.,kekadang cakap sorang2..hehehe





Lepas dah boring main beskal....main lego plak..



Sebenarnya best dok umah ni..kepala tak pening pikir frust kj,anak dijaga,makn minum asben depan mata, hati tenang je x sakit hati dgn sesape..tapi smpi satu tahap boring jugak bila tak de teman bersosial..padahal umo muda lagi (wa!muda lagi ka)..mujur la encik pian suami yg tdk membosankan..suka buat lawak tapi kalau aku nangis,dia yang lagi sedih dr aku..wakaka

Walaupun hanya kami bertiga je menghuni di M-5-2, Kuaters Institusi Pendidikan,Batu 8, Jalan Sg Pusu,Gombak...inilah aktiviti encik pian dan pahan bila masa lapang dan time tak de duit (dok umah je la..x g jln mane2)huhu



encik sofian..main game poker la tu..is3 dah make up comei2 pun tak nampak!!huh! Farhannnn..mane farhan ni.. laaa..kat sini rupenyer...



Seperti ibu bapa yang lain..aku juga berdoa agar farhan menjadi anak yang soleh satu hari nanti.....aminn!






sekian...

Monday, May 31, 2010

come back!!

Salam untuk semua kawan2..atas rasa kebosanan yang amat sangat..aku tulis balik blog ni..mmg dah bnyk lipas,cencorot kat sini sebab dah lama tak masuk sini..ish2..tak pe..kita bersihkan sama2..k.Sabtu ni nak balik kampung..hooorraaayyyy!!best bangat..tak sabar rasanyer nak jumpa insan2 tersayang..mak,kak teh,kak cik,adik ku amin..anak2 sedara yang cute miut mcm mak cu nyer ni..hehehe...farhan pun dah tak sabar2 nak jumpe sepupu2nya..tiap2 mlm merepek.."bu,ayyan nk pe afif,ayong,acik abel....."tersenyum je aku sorang2 tgk anak aku yg semakin hr semakin petah berbicara..

So,sempena nak balik kampung ni...ade la buah2 tangan ckit tok ibu n ibu mertua yang tersayang..nak tahu ape die????tengok leee.....



Kat atas tu untuk mak..kain batik tu dr terengganu tau!!tudung tu tudung dr butik...khas buat mak tersayang...

yang kat bawah ni plak tok mak mertua..harap sudi lah menerimanya..:)

Pemberian ni x seberapa..sekadar hadiah hari ibu buat bonda2 tersayang..

Buat mak : terima kasih menjga,menbesarkan dan mendidik anakmu ini..segala jasamu tidak mungkin aku lupa kan hingga nafas terakhir..wah!!

Buat mak mertua : Terima kasih melahir kan insan bernama Mohd sofian yang begitu baik,bertanggungjawab terhadap aku dan anak..semoga Allah sentiasa merahmati dirimu..

aminn....

Tuesday, August 25, 2009

Rumahtangga yang tanpa kemarahan, Tanpa Pergaduhan Dan Tanpa Kelu Kesah

Renungan di bulan ramadhan...

Seorang wanita mengadu kepada ayahnya sambil menangis : "Wahai ayahku, antara aku dan suamiku ada masalah kelmarin. Dia marah kerana sebuah ucapan terkeluar dari mulutku. Ketika aku menyedari kemarahannya,aku menyesali apa yang aku perbuat dan aku meminta maaf kepadanya.Dia tidak mahu berbicara denganku memalingkan wajahnya dariku. Kemudian aku terus berada di hadapannya hingga ia tertawa dan kembali menerimaku. Sebelumnya aku sangat takut kepada Tuhanku bila Dia menhukumku atas saat-saat dimana aku telah membuat darahnya membara-ketika dia sedang marah."

Ayahnya berkata kepadanya " Wahai anakku sayang, demi tuhan yang diriku berada dalam kuasanya, sekiranya engkau mati sebelum suamimu memaafkanmu,tentulah aku tidak redha kepadamu.Tahukah engkau bahawa siapa pun wanita bila suaminya marah kepadanya, maka dia adalah wanita terkutuk,sebagaimana di sebut dalam kitab Zabur,Taurat,Injil, dan Al-Quran dan diperkeraskan penderitaannya dalam sakaratul maut serta di persempitkan kuburnya. Maka berbahagialah wanita yang di redhai oleh suaminya. "

Seorang wanita yang soleh akan menjaga agar selalu di cintai oleh suaminya sehingga tidak mengotori keharmonian keluarga mereka.Seorang suami telah memberikan nasihat kepada isterinya:.....

Maafkanlah Kesalahanku
nescaya engkau kekalkan cintaku kepadamu
dan janganlah engkau bicara
saat kemarahanku sedang memuncak

Jangan sekali-kali kau kipasi kemarahanku
seperti engkau memukul rebana
kerana sesungguhnya engkau tidak mengetahui
bagaimana sikap orang yang tidak dikkendali

Janganlah engkau banyak mengeluh
kerana ia akan menghakis cinta
dan hatiku ini akan berubah menolakmu
kerana tabiat hati itu tidak tetap

Sesungguhnya kulihat cinta dalam hati ini
bila berpadu dengan rasa benci
dalam waktu yang singkat rasa cinta itu akan hilang...

Sunday, August 16, 2009

Oh mini popia....

Minggu ni kami suami isteri cbuk menyiapkan sampel2 tok diedarkan kepada orang ramai..
minngu lps balik kampung sambil jengok2 mak,mak n ayah mertua..serta g kenduri kak aziah bertunang..sempat jugak aku menjengah ke dapur membuat serunding..Bukan mudah sebenarnya..menjadi anak,menantu,isteri dan ibu...semuanya menuntut pengorbanan yang besar..
Mujur aku di kurniakan suami yang sangat memahami dan anak yang tak bnyk ragam..
Jadi segala2 nya berjalan dengan baik walaupun tak la selancar yg aku harapkan..

Sampai kL...mcm biasa la..my hubby bawak naik segala macam barang..2 bakul kain..dan 1 bakul tmpt susu farhan..mak mertua bekal kan tempoyak dgn ikan sungai..fav my hubby..walaupun bini dia ni tak pandai masakasam tempoyak...tapi dia tak berhenti mencuba taw..

Mlm tu kena wat sampel mini popia dah..sbb org dah bnyk tanyer..aku packing le tgh2 mlm..walaupun mata aku ni mcm nak tetutup jer..setengah jam kemudian barula segalanya siap..ader 50 sampel..bg je la mana yang ader dulu..

Besoknya..pulang dari kj my hubby bawak perkhabaran gembira...cikgu sek dia nak order mini popia 10 bungkus..bukan tok raya..tok makan2..
alhamdulillah murah rezeki kami...hope di masa akan datang bertambah lagi rezeki kami..amin..

Monday, July 27, 2009

23.07.2009-khamis


Hari Jcard dekat jaya jusco..Aku awal-awal lagi dah minta cuti..wow!!shopping time..aku mmg xcited klu bab perabih duit ni..hsbd aku membekalkan aku wang tunai rm400 berserta kad kredit..

Banyak jugala yang aku shopping..baju aku 3 helai n suar jeans.bj t-shirt hubby 3 helai..n bj farhan 5 helai..semuany sedondon..dan ikut wana bj aku..(terpaksa la boy-boy tu pakai bj pink)muhaha..tapi mmg murah giler..less up to 70%..huh..klu bg seribu pun blom tentu cukup lagi..huhu

Tapi mcm frust jugala..turn aku nak bayar..kad kredit tak boleh guna..sbb dekat kad kredit tu nama my hubby.tak boleh pindah milik....mujur aku bawak cash..klu tak..malu aku kat org2 yg beratur tu..

*kad kredit x boley guna…ader ka hubby nak sabotaj aku..oh..tidak!

Thursday, July 23, 2009

aKu dAn kEnAnGan

Kali ini ,aku akan cite kat korang mengenai kisah kecik2 aku.Menurut emak,mase sakit nak lahirkan aku..emak ditumpang menaiki landrover kepunyaan pengurus rancangan pada masa itu untuk di bawa ke hospital Kuantan.Dengan keadaan jalan yang tak berturap..aku dapat membayangkan betapa sukar nya mak..sakit woo….Di hospital Kuantan,Pahang..aku sebagai anak ke Sembilan dari sepuluh beradik selamat di lahirkan pada 28 November 1985.Menurut arwah abah,jururawat yang menyambut kelahiran aku..sangat cantik dan manis orang nya.Namanya NORUL AINI.Sebab jururawat yang cun-melecun tu la nama aku di isi..NORUL AINI.Patut la aku ni lembut dan manis je..kui kui..Selaku anak bongsu pada waktu itu,aku dimanja..di sayang oleh abang2 dan kakak2 ku..

Masih aku ingat lagi…arwah abah dan mak adelah tok guru mengaji yang di hormati oleh masyarakat kampong.ader sekali tuh..anak murid mengaji mencecah 78 org..huh!aku secatary masa tu amat cbuk mencatit kehadiran dan mereport kat ayah aku sape mengaji main2.untuk meringankan beban kami bertiga (kak teh, kak cik dan aku)yg asyik di suruh mengemaskan tempat mengaji diaorg..(hari2 tu)…kak teh, kak cik dan aku membuat planning..memberikan kad no giliran kepada budak ngaji yang datang..tapi kad bukan sebarang kad..kad itu dihadapan nya nombor giliran mengaji dan di belakangnya tertera tugasan seperti “Nampak taik cicak?sila kutip dan buang”..dan org terakhir..pastinya “Sebelum balik..susun papan rehal dulu!”Dengan adernya konsep sebegini wah! semakin senang lenang anak2 dara opah.

Kini mak dah pencen dr ngajar ngaji.Tapi anak2 murid tak penah lupakan jasa beliau.Time raya mesti diorg datang menjengok.alhamdulilah....

Wednesday, July 15, 2009

MeNamBaHkAN pEnDaPaTAn

Aku sekarang ni tgh giat memikirkan camner agaknya menambah kan pendapatan keluarga..
Rezeki yang Allah beri skang ni..alhamdulilah ader..cuma nak cr lebih sikit..org kata 9 dari 10 punca rezeki datang dari sumber perniagaan..So, aku nak la berjinak2 dgn biznez ni.sekarang tgh running bisnes top up dan bisnes kerepek..mcm nak tambah jer..tapi nak buat bisnes ape yea..aku
ni idok ler pandai masak..cuma rajin nak belajar jer..ader sape2 tak boleh share idea aku nak buat bisnes aper..bisnes mini popia..ok juga..