BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 27, 2009

23.07.2009-khamis


Hari Jcard dekat jaya jusco..Aku awal-awal lagi dah minta cuti..wow!!shopping time..aku mmg xcited klu bab perabih duit ni..hsbd aku membekalkan aku wang tunai rm400 berserta kad kredit..

Banyak jugala yang aku shopping..baju aku 3 helai n suar jeans.bj t-shirt hubby 3 helai..n bj farhan 5 helai..semuany sedondon..dan ikut wana bj aku..(terpaksa la boy-boy tu pakai bj pink)muhaha..tapi mmg murah giler..less up to 70%..huh..klu bg seribu pun blom tentu cukup lagi..huhu

Tapi mcm frust jugala..turn aku nak bayar..kad kredit tak boleh guna..sbb dekat kad kredit tu nama my hubby.tak boleh pindah milik....mujur aku bawak cash..klu tak..malu aku kat org2 yg beratur tu..

*kad kredit x boley guna…ader ka hubby nak sabotaj aku..oh..tidak!

Thursday, July 23, 2009

aKu dAn kEnAnGan

Kali ini ,aku akan cite kat korang mengenai kisah kecik2 aku.Menurut emak,mase sakit nak lahirkan aku..emak ditumpang menaiki landrover kepunyaan pengurus rancangan pada masa itu untuk di bawa ke hospital Kuantan.Dengan keadaan jalan yang tak berturap..aku dapat membayangkan betapa sukar nya mak..sakit woo….Di hospital Kuantan,Pahang..aku sebagai anak ke Sembilan dari sepuluh beradik selamat di lahirkan pada 28 November 1985.Menurut arwah abah,jururawat yang menyambut kelahiran aku..sangat cantik dan manis orang nya.Namanya NORUL AINI.Sebab jururawat yang cun-melecun tu la nama aku di isi..NORUL AINI.Patut la aku ni lembut dan manis je..kui kui..Selaku anak bongsu pada waktu itu,aku dimanja..di sayang oleh abang2 dan kakak2 ku..

Masih aku ingat lagi…arwah abah dan mak adelah tok guru mengaji yang di hormati oleh masyarakat kampong.ader sekali tuh..anak murid mengaji mencecah 78 org..huh!aku secatary masa tu amat cbuk mencatit kehadiran dan mereport kat ayah aku sape mengaji main2.untuk meringankan beban kami bertiga (kak teh, kak cik dan aku)yg asyik di suruh mengemaskan tempat mengaji diaorg..(hari2 tu)…kak teh, kak cik dan aku membuat planning..memberikan kad no giliran kepada budak ngaji yang datang..tapi kad bukan sebarang kad..kad itu dihadapan nya nombor giliran mengaji dan di belakangnya tertera tugasan seperti “Nampak taik cicak?sila kutip dan buang”..dan org terakhir..pastinya “Sebelum balik..susun papan rehal dulu!”Dengan adernya konsep sebegini wah! semakin senang lenang anak2 dara opah.

Kini mak dah pencen dr ngajar ngaji.Tapi anak2 murid tak penah lupakan jasa beliau.Time raya mesti diorg datang menjengok.alhamdulilah....

Wednesday, July 15, 2009

MeNamBaHkAN pEnDaPaTAn

Aku sekarang ni tgh giat memikirkan camner agaknya menambah kan pendapatan keluarga..
Rezeki yang Allah beri skang ni..alhamdulilah ader..cuma nak cr lebih sikit..org kata 9 dari 10 punca rezeki datang dari sumber perniagaan..So, aku nak la berjinak2 dgn biznez ni.sekarang tgh running bisnes top up dan bisnes kerepek..mcm nak tambah jer..tapi nak buat bisnes ape yea..aku
ni idok ler pandai masak..cuma rajin nak belajar jer..ader sape2 tak boleh share idea aku nak buat bisnes aper..bisnes mini popia..ok juga..

Yea!!Yea!!ader blog..

Assalammualaikum..
Kehadiran blog ini bukan la untuk ape-ape..sekadar untuk suka2..mengisi untk mengisi kebosanan di tempat kerja..di samping dapat menjadi diari moden..melakar saat2 suka duka bergelar anak,isteri dan ibu..tentu bnyk pengalaman..suka duka melayari bahtera perkahwinan yg baru nak masuk tahun ke-3..masih hijau lagi..