BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 25, 2009

Rumahtangga yang tanpa kemarahan, Tanpa Pergaduhan Dan Tanpa Kelu Kesah

Renungan di bulan ramadhan...

Seorang wanita mengadu kepada ayahnya sambil menangis : "Wahai ayahku, antara aku dan suamiku ada masalah kelmarin. Dia marah kerana sebuah ucapan terkeluar dari mulutku. Ketika aku menyedari kemarahannya,aku menyesali apa yang aku perbuat dan aku meminta maaf kepadanya.Dia tidak mahu berbicara denganku memalingkan wajahnya dariku. Kemudian aku terus berada di hadapannya hingga ia tertawa dan kembali menerimaku. Sebelumnya aku sangat takut kepada Tuhanku bila Dia menhukumku atas saat-saat dimana aku telah membuat darahnya membara-ketika dia sedang marah."

Ayahnya berkata kepadanya " Wahai anakku sayang, demi tuhan yang diriku berada dalam kuasanya, sekiranya engkau mati sebelum suamimu memaafkanmu,tentulah aku tidak redha kepadamu.Tahukah engkau bahawa siapa pun wanita bila suaminya marah kepadanya, maka dia adalah wanita terkutuk,sebagaimana di sebut dalam kitab Zabur,Taurat,Injil, dan Al-Quran dan diperkeraskan penderitaannya dalam sakaratul maut serta di persempitkan kuburnya. Maka berbahagialah wanita yang di redhai oleh suaminya. "

Seorang wanita yang soleh akan menjaga agar selalu di cintai oleh suaminya sehingga tidak mengotori keharmonian keluarga mereka.Seorang suami telah memberikan nasihat kepada isterinya:.....

Maafkanlah Kesalahanku
nescaya engkau kekalkan cintaku kepadamu
dan janganlah engkau bicara
saat kemarahanku sedang memuncak

Jangan sekali-kali kau kipasi kemarahanku
seperti engkau memukul rebana
kerana sesungguhnya engkau tidak mengetahui
bagaimana sikap orang yang tidak dikkendali

Janganlah engkau banyak mengeluh
kerana ia akan menghakis cinta
dan hatiku ini akan berubah menolakmu
kerana tabiat hati itu tidak tetap

Sesungguhnya kulihat cinta dalam hati ini
bila berpadu dengan rasa benci
dalam waktu yang singkat rasa cinta itu akan hilang...

Sunday, August 16, 2009

Oh mini popia....

Minggu ni kami suami isteri cbuk menyiapkan sampel2 tok diedarkan kepada orang ramai..
minngu lps balik kampung sambil jengok2 mak,mak n ayah mertua..serta g kenduri kak aziah bertunang..sempat jugak aku menjengah ke dapur membuat serunding..Bukan mudah sebenarnya..menjadi anak,menantu,isteri dan ibu...semuanya menuntut pengorbanan yang besar..
Mujur aku di kurniakan suami yang sangat memahami dan anak yang tak bnyk ragam..
Jadi segala2 nya berjalan dengan baik walaupun tak la selancar yg aku harapkan..

Sampai kL...mcm biasa la..my hubby bawak naik segala macam barang..2 bakul kain..dan 1 bakul tmpt susu farhan..mak mertua bekal kan tempoyak dgn ikan sungai..fav my hubby..walaupun bini dia ni tak pandai masakasam tempoyak...tapi dia tak berhenti mencuba taw..

Mlm tu kena wat sampel mini popia dah..sbb org dah bnyk tanyer..aku packing le tgh2 mlm..walaupun mata aku ni mcm nak tetutup jer..setengah jam kemudian barula segalanya siap..ader 50 sampel..bg je la mana yang ader dulu..

Besoknya..pulang dari kj my hubby bawak perkhabaran gembira...cikgu sek dia nak order mini popia 10 bungkus..bukan tok raya..tok makan2..
alhamdulillah murah rezeki kami...hope di masa akan datang bertambah lagi rezeki kami..amin..