BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 23, 2009

aKu dAn kEnAnGan

Kali ini ,aku akan cite kat korang mengenai kisah kecik2 aku.Menurut emak,mase sakit nak lahirkan aku..emak ditumpang menaiki landrover kepunyaan pengurus rancangan pada masa itu untuk di bawa ke hospital Kuantan.Dengan keadaan jalan yang tak berturap..aku dapat membayangkan betapa sukar nya mak..sakit woo….Di hospital Kuantan,Pahang..aku sebagai anak ke Sembilan dari sepuluh beradik selamat di lahirkan pada 28 November 1985.Menurut arwah abah,jururawat yang menyambut kelahiran aku..sangat cantik dan manis orang nya.Namanya NORUL AINI.Sebab jururawat yang cun-melecun tu la nama aku di isi..NORUL AINI.Patut la aku ni lembut dan manis je..kui kui..Selaku anak bongsu pada waktu itu,aku dimanja..di sayang oleh abang2 dan kakak2 ku..

Masih aku ingat lagi…arwah abah dan mak adelah tok guru mengaji yang di hormati oleh masyarakat kampong.ader sekali tuh..anak murid mengaji mencecah 78 org..huh!aku secatary masa tu amat cbuk mencatit kehadiran dan mereport kat ayah aku sape mengaji main2.untuk meringankan beban kami bertiga (kak teh, kak cik dan aku)yg asyik di suruh mengemaskan tempat mengaji diaorg..(hari2 tu)…kak teh, kak cik dan aku membuat planning..memberikan kad no giliran kepada budak ngaji yang datang..tapi kad bukan sebarang kad..kad itu dihadapan nya nombor giliran mengaji dan di belakangnya tertera tugasan seperti “Nampak taik cicak?sila kutip dan buang”..dan org terakhir..pastinya “Sebelum balik..susun papan rehal dulu!”Dengan adernya konsep sebegini wah! semakin senang lenang anak2 dara opah.

Kini mak dah pencen dr ngajar ngaji.Tapi anak2 murid tak penah lupakan jasa beliau.Time raya mesti diorg datang menjengok.alhamdulilah....

0 comments: